Sembahyang yang
mendapat rahmat Allah swt.
Cukupkah jika sembahyang yang
kita dirikan setakat menunaikan segala rukunnya sahaja, walaupun yang
dilengkapi pula dengan perkara-perkara yang sunat, dan adab-adabnya sekali!
Mari kita renungkan kembali
hadis berikut:
|
Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku
yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri
kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu
menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih
dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang
membuatkan Engkau redha ya Allah?
Allah swt: Sedekah, infaq, zakat dan
perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau
membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan
menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah 261-262).
|
Fenomena menunjukkan ramai orang yang
menunaikan sembahyang sekadar mengikut takrif, iaitu perbuatan-perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbir dan
disudahi dengan salam. Mengikut hadis di atas, sembahyang ini akan
dipersoal oleh Allah swt, seperti tersebut dalam hadis di atas.
|
Hal ini disokong pula dengan kenyataan Imam Ghazali, Apabila kamu sibuk dengan ibadah yang
lazim dan berbangga dengannya maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu
sendiri, bukannya Allah. Tetapi apabila kamu berbuat baik dan berkorban untuk
orang lain maka itu tandanya kau mencintai
Allah dan tentu Allah redha kerananya’ (dari Kitab Mukasyafatul
Qulub).
Riwayat ini menggambarkan bahawa ibadah
yang ditunaikan untuk memenuhi tuntutan keTuhanan semata-mata tidak dapat menggembirakan
Allah swt kerana di sana menggambarkan ibadah-ibadah itu untuk kepentingan
diri. Inilah yang membuat Allah swt belum redha. Allah swt redha dengan
sembahyang yang dapat melahirkan sikap kepedulian terhadap manusia lain.
Sebuah hadis lain menyebut: ‘Segala
amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang
mengerjakannya), antaranya sembahyang datang lalu berkata, ‘Ya Tuhanku akulah
sembahyang’; Allah Taala berfirman (kepadanya) ‘Tujuan engkau itu baik, (tetapi
engkau sahaja belum cukup)’; dan (selepas itu) datang pula sedekah, puasa, dan
amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya):
Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup’; kemudian datang pula
Islam lalu berkata, ‘Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yang bernama As-salam, dan
akulah Islam’; maka Allah Taala berfirman (kepadanya), ‘Tujuan engkau itu baik,
pada hari ini dengan engkaulah aku menerima dan dengan engkaulah jua aku
memberi balasan’ (Mustika Hadis Jilid I, 42).
Ringkasnya, bermaksud bahawa sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain itu belum
cukup untuk menolong pengamalnya mendapatkan syafaat syurga, kecuali yang
dapat menegakkan Islamnya (cara hidup) Dengan kata lain,
ibadah sembahyang kita dan amal-amal yang lain itu haruslah diterjemahkan
sebagai
cara hidup atau way of life.
Jadi, ibadah sembahyang haruslah ditunaikan sehingga mencapai matlamanya.
Sebagai Rukun Islam, sembahyang harus difahamai mengikut konteks, apakah erti Rukun, dan apakah erti Islam. Sembahyang sering diberi jolokan
sebagai tiang agama. Fahamilah, apakah erti tiang, dan apakah erti agama mengikut ayat
al-Quran.
Dengan kata lain, ibadah sembahyang bukan sekadar ditunaikan mengikut
takrif sahaja, iaitu perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul-ihram dan disudahi
dengan salam. Selanjutnya ….. klik