Ciri utama Gagasan Hidup Islam
ialah bahawa Islam tidak memisah-kan kehidupan kerohanian dengan kehidupan
duniawi secara yang sangat ketara, tidak juga
membenarkan konflik, dan tidak juga membuat batasan pemisah antara menulenkan
rohani dan kehidupan moral manusia. Daerah kekuasaan Islam meliputi
kepelbagaian macam, rupa dan emosi kehidupan. Syumul.
Islam mahu membentuk kehidupan individu dan
kelompoknya yang susunan sosialnya dalam corak yang sihat sejahtera. Jadi
cita-cita Islam ialah membina iklim kehidupan yang polanya ialah keamanan,
kepuasan dan kesejahteraan. Sasarannya bukan sahaja manusia tetapi mencakupi
juga persekitaran kehidupan manusia itu sendiri.
Alasannya ialah bahawa kesejahteraan manusia
bergantung kepada persekitarannya. Allah yang mengaturkan demikian. Allah
mengaturkan supaya kehidupan di dunia ini berada dalam situasi saling
bergantung antara satu sama lain. Justeru keamaman, kepuasan, dan kesejahteraan
itu tadi harus dibina untuk kedua-duanya
iaitu manusia dan sekalian makhluk keseluruhannya selain manusia. Sejak
kelahiran Adam lagi Allah telah mengaturkannya sedemikian.
Jadi, jika Islam hendak menciptakan iklim kehidupan
yang sejahtera buat manusia, kesejahteraan buat sekalian makhluk itu tadi harus
diujudkan sekali gus. Jika tidak sistem yang Allah telah tetapkan itu tadi akan
cacat, rosak dan sistem itu dengan sendirinya akan tempang, akibatnya, dengan
sendirinya iklim kesejahteraan untuk manusia juga tidak sempurna. Apalah
ertinya kehidupan jika tidak ada air atau ada air yang tercemar, udara yang
kurang sihat, sumber-sumber kehidupan dan kekayaan yang tidak mencukupi.
Dapatkah iklim kehidupan yang sejahtera dibina atas sumber-sumber yang
dalam keadaan tidak seimbang dan stabil.
Jadi, dalam
sistem kehidupan, manusia amat memerlukan
sistem moral, sistem sosial, dan pelbagai lagi yang keadaannya sihat sejahtera,
aman dan penuh kepuasan. Inilah teras kepada pembentukan satu sistem kehidupan
mengikut Islam. Justeru setiap kali hendak bercakap tentang sistem moral,
sosial, politik, budaya dan ekonomi Islam, adalah sangat perlu mempunyai idea
yang jelas tentang konsep kehidupan Islam
ini. Untuk ini, mengikut Islam terdapat kefahaman asas tertentu
yang perlu difahami dan dihargai dari peringkat awal lagi.
Apakah asas untuk merealisasikan cita-cita Islam ini.
Sedia maklum, sebagai seorang Islam kita hanya diwajibkan
menunaikan perkara-perkara yang terkandung dalam Rukun Islam iaitu mendirikan
sembahyang, berzakat, berpuasa dan haji sahaja. Ini bererti keempat-empat
ibadah inilah yang dijadikan teras pembentukan
satu sistem kehidupan mengikut Islam. yang iklimnya sihat sejahtera, aman dan
penuh kepuasan.
Sebagai
seorang Islam, tanggungjawab kita tidak tuntas sekadar menunaikan aqidah dan
ibadah sahaja, meninggalkan yang dua lagi iaitu akhlak dan syariat.
Ideologi Islam meletakkan garisan yang betul di
mana hubungan manusia dengan Tuhan hendaklah dibina dan dipelihara sewajarnya; dan seluruh jalan hidup individu dan
sosialnya haruslah sentiasa tertambat kepada hubungan ini.
Aqidah
adalah titik tolak permulaan dalam agama Islam. Aqidah menghendaki akal dan
kehendak manusia menerima hubungan itu tadi. Oleh itu, ideologi Islam adalah
penyerahan yang total dalam semua aspek kehidupan dan tingkah laku. Jadi
seseorang yang mengaku dirinya Islam harus berserah dalam kedudukan ini, iaitu
bahawa setiap individu harus memandang kehidupan ini sentiasa tertambat kepada
aqidah (atau keimanan). Inilah rancangan
hidup yang dibayangkan oleh Islam. Rancangan ini dikenali sebagai syariat, yang sumbernya adalah al-Quran dan Sunnah
Nabi Muhammad (saw).
Dengan ini semua orang yang berada di bawah
kepemimpinan orang-orang yang sedemikian itu teradun ke dalam sebuah masyarakat yang dipanggil masyarakat Islam. Inilah prinsip yang
membezakannya dengan masyarakat yang diasaskan atas dasar bangsa, warna kulit
atau wilayah. Masyarakat Islam adalah terbina daripada individu yang dengan
sukarelanya menerima ideologi Islam sebagai kontrak
dengan Pencipta.
Orang-orang yang masuk ke dalam kontrak ini, berjanji untuk mengiktiraf
Allah sebagai yang berdaulat mereka, hidayah-Nya sebagai Yang Maha Esa, dan
ajaran-Nya sebagai Undang-undang mutlak. Mereka juga bersetuju menerimanya, tanpa
soal atau keraguan klasifikasi-Nya yang baik dan yang jahat, betul dan salah,
yang dibenarkan dan yang dilarang. Pendek kata, masyarakat Islam bersetuju
untuk menghadkan kerelaan setakat mana yang ditetapkan oleh Allah yang Maha
Mengetahui. Dalam erti kata lain, adalah Tuhan, dan bukan manusia yang menyediakan
sumber (utama) undang-undang dalam
masyarakat Muslim.
Jadi,
al-Quran dan Hadis Rasulullah itu adalah kod kehidupan yang dipanggil syariat
itu. Mengikut kontrak itu tadi, masyarakat terikat mematuhinya seperti yang
telah dimeterai. Dengan demikian tidak bolehlah mana-mana masyarakat Islam yang
dengan sengaja menerima pakai sistem hidup yang lain daripada syariat. Jadi, menerima satu sistem lain
yang bukan bersumberkan undang-undang syariat adalah dianggap pecah kontrak,
dan masyarakat sedemikian menjadi bukan Islam.
Tetapi kita mesti faham juga dengan sebenar-benarnya perbezaan antara konsep dosa dengan protes
yang sengaja terhadap syariat: dosa tidak boleh dianggap memecahkan kontrak, berbeza dengan
yang kedua itu. Justeru, fakta yang
perlu difahami ialah, jika masyarakat Islam secara sedar memutuskan untuk tidak
menerima syariat, dan memutuskan untuk menggubal perlembagaan sendiri atau
meminjam dari mana-mana sumber lain (tanpa mempedulikan Syariah) itulah masyarakat yang
pecah kontrak dengan Tuhan, masyarakat yang terlucut
statusnya sebagai Islam.
Kerrana itu
mari kita fahami rencana kehidupan yang dibayangkan oleh syariat. Kita mulakan dengan konsep yang jelas tentang objektif dan asas-asas Syariah.
Objektif
utama syariat adalah untuk membina kehidupan manusia atas dasar Ma'rufat (kebaikan) dan menyucikannya
daripada Munkarat (kejahatan).
Ma'rufat ialah semua yang baik dan benar di sisi Allah dan oleh
Rasul-Nya. Jika definisi ini sebagai norma, maka istilah Ma'rufat adalah mewakili semua kebaikan dan kualiti yang baik-baik yang sentiasa diterima sebagai baik
oleh naluri manusia yang suci dan tidak
tercemar. Sebaliknya, perkataan Munkarat
merujuk kepada semua yang Allah dan Rasul-Nya labelkan sebagai jahat. Dengan
mengambil kod ini, bererti segala dosa dan kejahatan yang dikutuk oleh naluri
manusia tulen sebagai jahat.
Jadi, Ma'rufat adalah segala perkara yang
berada dalam keadaan harmoni dengan alam
semula jadi manusia dan keperluannya secara umum, manakala munkarat adalah sebaliknya. Syariat
menggunakan takrif ini untuk menyatakan
bahawa Ma'rufat dan Munkarat adalah norma-norma yang
individu dan tingkah laku sosialnya perlu akur.
Bagaimanapun syariat tidak menghadkan fungsi Ma'rufat dan Munkarat
dengan senarai terperinci kemuliaan dan maksiat sahaja; syariat menggariskan
keseluruhan rancangan hidup yang dapat memberi ruang supaya kebaikan boleh berkembang dan menutup
ruang kebobrokan supaya tidak berpeluang mencemarkan dan memusnahkan kehidupan
manusia.
Untuk mencapai tujuan ini, syariat sedia mengadaptasi semua faktor yang
menggalakkan pertumbuhan yang baik-baik sambilan itu mengesyorkan jalan penyingkiran terhadap
halangan-halangan yang mungkin merencatkan pertumbuhan dan perkembangannya. Proses
ini membawa idea melahirkan siri anak syarikat Ma'rufat yang terdiri daripada punca-puncanya dan cara melaksana
serta menggalakkan penggunaan yang baik-baik. Dan satu lagi set Ma'rufat ialah yang terdiri daripada
larangan strategik yang berhubung dengan perkara-perkara yang bertindak sebagai
halangan kepada pengembangan yang baik-baik itu tadi, termasuk di dalamnya
iaitu senarai anak syarikat Munkarat
yang bentuknya menubuhkan atau membenarkan pertumbuhan kebobrokan.
Syari'at membentuk masyarakat Islam dengan cara yang kondusif bagi
pertumbuhan, tidak terhad dalam kebaikan dan kebenaran dalam setiap bidang
aktiviti manusia sahaja, tetapi Syariat juga membuka jalan kepada kuasa-kuasa
ke semua arah: membuang semua halangan di jalan-jalan kebaikan. Serentak dengan
ini syariat cuba untuk membasmi kejahatan dari pelan sosialnya dengan melarang
maksiat, dengan meng-hindarkan punca penampilan dan pertumbuhannya, dengan
menutup bibit-bibit di mana ia merayap ke dalam masyarakat dan dengan
meng-amalkan langkah-langkah pencegahan untuk memeriksa kejadiannya.
Untuk ini semua setiap orang Islam harus mempunyai kefahaman yang betul
tentang empat sturktur Islam.
Penjelasan di atas ini tadi menggambarkan bahawa syariat adalah asas kepada
gagasan yang telah dijelaskan itu. Kelihatannya
syariatlah yang menjadi fokus dalam rancangan menjaga kehidupan. Jelas
sekali kelihatannya bahawa fokus utama Islam adalah syariat.
Syariat yang dikehendaki Islam adalah yang berjalan dalam
situasi keamanan, kesejahteraan dan kepuasan. Faktor yang menjaminnya ialah akhlak. Akhlak yang baik akan mewujudkan
situasi-situasi itu. Justeru ibadah-ibadah yang empat itu tadi harus dijadikan
asas dan tonggak menbina akhlak.
Kerana inilah para ulama’ menyatakan keempat-empat bidang itu tadi haruslah dalam
bentuknya aqidah yang dibuktikan dengan ibadah, ibadah yang melahirkan
akhlak, dan akhlak yang dijadikan syariat. Syariat ialah cara hidup atau way of life.
Syariat
yang mantap adalah yang berteraskan kepada aqidah. Jadi syariat menghendaki kehidupan
ini sentiasa tertambat kepada aqidah,
yang prinsipnya ialah penyerahan diri yang total kepada kehendak Allah.
Aqidah
menghendaki kita yakin akan kewujudan Allah swt, lalu mentawhidkan-Nya (mengakui bahawa Allah swt adalah satu-satunya Tuhan, tiada yang lain lagi.
Aqidah yang sempurna adalah yang dibuktikan dengan
menunaikan ibadah, iaitu sembahyang,
zakat, puasa dan haji. Namun, setakat beraqidah
dan beribadah sahaja, keimanan kita
belum sempurna. Bagi menyempurnakan keimanannya, Islam menghendaki kita
melakukan seterusnya iaitu menterjemahkan
ibadah-ibadah itu menjadi akhlak, dan
seterusnya akhlaknya itu dijadikan syariat
atau cara hidupnya.
Jadi kelihatannya ibadah
yang empat ini adalah sebagai proses ke arah melahirkan akhlak, yang memandu jalan hidup (syariat). Jadi keimanan yang
total adalah yang mencakupi keempat-empat bidang tersebut itu tadi, iaitu aqidah, ibadah, akhlak dan syariat.
Jadi, tidak
bolehlah seseorang Islam itu hanya mengaku
dirinya Islam, orang beriman, tetapi setakat menunaikan ibadah-ibadah
yang empat itu sahaja, meninggalkan yang dua lagi iaitu akhlak dan syariat.
Tidak dinafikan fenomena menunjukkan keadaan ini. Lihat
sahaja kejadian yang berlaku di sekeliling kita saban hari. Ada golongan yang
kuat beribadah tetapi tidak mengambil
berat akan akhlaknya, manakala yang sebahagian lagi pula baik akhlak dan syariatnya tetapi tidak menjaga ibadahnya mengikut kewajarannya.
Pentingkah akhlak? Hal ini telah dibentangkan di atas
tadi. Lagipun, bukankah kita sering mendengar kenyataan yang menyebut Nabi saw
diutuskan oleh Allah untuk menyempurnakan akhlak, dan sering diberitahu bahawa
sebahagian besar kandungn al-Quran adalah berkaitan akhlak.
Ada sebuah
hadis menyebut, Segala
amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang
mengerja-kannya), antaranya sembahyang datang lalu berkata, ‘Ya Tuhanku akulah
sembahyang’; Allah Taala berfirman (kepadanya) ‘Tujuan engkau itu baik, (tetapi
engkau sahaja belum cukup)’; dan (selepas itu) datang pula sedekah, puasa, dan
amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya):
Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup’; kemudian datang pula
Islam lalu berkata, ‘Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yang bernama As-salam, dan
akulah Islam’; maka Allah Taala berfirman (kepadanya), ‘Tujuan engkau itu baik,
pada hari ini dengan engkaulah aku menerima dan dengan engkaulah jua aku
memberi balasan
(Mustika Hadis Jilid I, 42).
Ringkasnya bermaksud bahawa sembahyang, sedekah, puasa dan
amal-amal yang lain itu belum cukup
untuk menolong pengamalnya mendapatkan syafaat syurga, kecuali Islamnya. Dengan kata lain Allah tidak menerima ibadah-ibadah
yang untuk membuktikan keimanan
sahaja.
Belum
cukup
itu bermaksud sembahyangnya, sedekahnya,
puasanya dan amal-amal yang lain itu belum dijadikan sebagai akhlak untuk jalan hidupnya. Dengan kata
lain amal-amalnya itu tadi adalah untuk dirinya sendiri, tidak berkait dengan
orang lain.
Perkataan Islam dalam hadis itu merujuk kepada cara hidup. Hal ini disebut
oleh ayat 85 ali-Imran. Ayat ini menyatakan
bahawa agama ialah jalan hidup, iaitu jalan hidup yang disyariatkan Allah. Jadi jelas bahawa destinasi ibadah kita ialah akhlak dan syariat.
Inilah
sebabnya ada kenyataan yang menyebut
bahawa Islam
tidak memisahkan kehidupan kerohanian dengan
kehidupan duniawi secara yang sangat
ketara, tidak juga membenarkan konflik antara keduanya, dan tidak juga membuat
batasan memisahkan antara kerohanian dengan kehidupan moral manusia. Daerah
kekuasaan Islam meliputi kepel-bagaian macam, rupa dan emosi kehidupan.
4 Tonggak
Islam
Setelah
memahami kedudukan ini, bagaimanakah caranya hendak merealisasikan cita-cita Islam yang dibentangkan di atas
ini. Inilah satu-satunya masalah yang kita hadapi, akibat daripada perkara ini sangat jarang disentuh dalam pengajaran
fiqh kita.
Allah hanya
mewajibkan seseorang Islam itu menunaikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa
di bulan Ramadan, dan mengerjakan ibadah haji jika mampu. Bagaimanakah caranya
hendak menggunakan ibadah-ibadah ini menunaikan tuntutan-tuntutan di atas tadi.
Bagaimanakah caranya hendak
menggunakan ibadah yang empat ini untuk membuktikan bahawa Islam tidak memisahkan kehidupan kerohanian dengan kehidupan duniawi,
tidak konflik antara keduanya itu, Islam tidak memisahkan antara kerohanian dengan kehidupan. Juga, bagaimana hendak
membuktikan bahawa Islam adalah agama yang mengisi setiap sudut dan ruang
kehidupan meliputi kepelbagaian macam, rupa dan emosi kehidupan.
Dan, bagaimana caranya
hendak membuktikan bahawa dengan empat
ibadah itu juga mampu membentuk kehidupan individu yang susunan sosialnya dalam corak yang sihat sejahtera, membina
iklim kehidupan yang polanya adalah keamanan, kepuasan dan kesejahteraan.
Sasarannya pula bukan manusia sahaja tetapi
mencakupi persekitaran kehidupan manusia itu sendiri: membina keamanan,
kepuasan dan kesejahteraan untuk makhluk-makhluk selain manusia, sama ada yang
hidup atau yang tidak hidup, kerana pola-pola kehidupan itu tadi juga
memerlukan makhluk-makhluk ini. Allah menetapkannya sedemikian.
Kesemua tuntutan itu tadi sangat memerlukan sistem
moral, sistem sosial, sistem alam sekitar dan pelbagai lagi. Bagaimanakah
caranya sembahyang, zakat, puasa dan haji itu hendak digunakan bagi
mereali-sasikannya.
Yang jelas, Allah swt mempertaruhkan keempat-empat
ibadah itu tadi sebagai asas dan tonggaknya, Allah swt mengharapkan empat
ibadah itu dijadikan asas dan tonggak kepada pembentukan satu sistem kehidupan
yang mencakupi bidang-bidang moral, sosial, politik, budaya, ekonomi Islam dan
lain-lain.
Jadi, buku RUKUN ISLAM Asas dan Tonggak Way of Life
cuba untuk menggariskan caranya hendak merealisasi-kan cita-cita di atas ini.
Semoga, tujuan dan kebaikan dari ibadah-ibadah kita menjadi realiti.
No comments:
Post a Comment