Sembahyang


 Allah swt redha dengan sembahyang yang dapat melahirkan sikap kepedulian terhadap manusia lain. Dengan maksud lain ialah bahawa Allah menghendaki manusia melakukan amalan yang boleh memberi faedah kepada orang lain dan makhluk keseluruhannya.

Dengan kata lain, ibadah sembahyang haruslah ditunaikan sehingga mencapai matlamanya sebagai asas dan tonggak cara hidup. Malangnya fenomena menunjukkan wajah ibadah sembahyang kita tidak seperti yang diharapkan ini.


Untuk menjadikan sembahyang sebagai asas dan tonggak cara hidup (way of life) harus ada sembahyang yang batin. Dalam kitab Siyar al-Salikin, orang yang tidak khusyuk dalam sembahyangnya dikatakan sebagai tidak ada sembahyang yang batin, dan sembahyangnya ditolak, kerana mengikut kitab tersebut, hanya pada zahirnya dia mendirikan sembahyang tetapi batinnya tidak turut serta (tidak melibatkan hati). Kitab ini menyebut, ‘Bahawasanya sembahyang itu ada baginya zahir iaitu mengerjakan segala rukun sembahyang dan segala sunatnya, dan ada baginya pula batin yang mengesahkan bagi amal zahir itu’. (Siyar al-Salikin 1, 66).

Dalam buku Rukun Islam Asas dan Tonggak Way of life ada banyak lagi fakta yang menjelaskannya. Antaranya menyebut tentang lalai hati dalam sembahyang, yang kesimpulannya bahawa orang yang sembahyang tetapi tidak khusyuk adalah dikira tidak mendirikan sembahyang kerana tidak ada sembahyang yang batin itu.

Apakah petandanya tidak khushuk itu?

Dari Muaz bin Jabal ra menyebut yang ertinya, bahawasanya barangsiapa mengenal ia akan seorang yang di kanannya dan orang yang di kirinya pada hal disahajanya dan iaitu di dalam sembahyangnya, maka tiada baginya sembahyangnya, yang bermaksud bahawa sesiapa yang sedang mendirikan sembahyang, sengaja mengenali orang yang di kanan atau kirinya itu adalah dikira sebagai orang yang tidak sembahyang kerana sudah memalingkan hatinya dari mengingati Allah. 

wasap.my/0133377242

 Buku inimembentangkan panjang lebar erti khusyuk. Di sebut bahawa khusyuk adalah satu bentuk komunikasi intrapersonal, atau komunikasi kendiri. Komunikasi adalah proses yang melibatkan tindakan encode dan decode. Encode ialah proses otak menerima maklumat yang dihantar oleh pancaindera, manakala decode adalah proses otak menukar maklumat itu tadi kepada kefahaman dan tafsirannya. Apabila berlaku encode dan decode di kotak pemikiran dikatakan berlaku komunikasi. 


Matlamat ibadah sembahyang: Kita sering mendengar ayat al-Quran yang maksudnya Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang mencegah (perbuatan) keji dan mungkar (al-Ankabut, 45). Ayat ini menggambarkan bahawa ibadah sembahyang dikaitkan dengan fenomena dalam kehidupan: perbuatan keji dan mungkar itu adalah antara perkara-perkara yang terjadi dalam kehidupan.

Dengan ayat ini bolehlah disimpulkan bahawa ibadah sembahyang kita bukanlah sebagai ibadah untuk ditunaikan sahaja tetapi ada tujuan atau matlamatnya. Misalnya, dari Muaz ra katanya Rasulullah saw pernah bersabda, yang maksudnya, Pokok segala urusan adalah Islam, dan tiangnya adalah sembahyang, dan puncaknya adalah jihad (Riwayat Muslim). Kita lihat hadis ini menyebut dengan jelas bahawa sembahyang adalah tiang bagi segala urusan.

Bila disebut segala urusan, bermaksud mencakupi segala bidang kehidupan termasuk ekonomi, politik, perundangan, sosial, hiburan, kesukanan, kekeluargaan, kemasyarakatan, dan sebagai-nya, iaitu urusan hidup. Dan apabila disebut tiangnya adalah sembahyang, menggambarkan bahawa sembahyang kita adalah tonggak atau asas bagaimana caranya menjalankan segala urusan. Sekali lagi kelihatannya hadis ini menyata-kan tentang kaitan ibadah sembahyang dengan hal-hal keinsanan itu tadi.

Banyak lagi dalil yang menunjukkan perkaitan antara ibadah sembahyang dengan hal-hal keinsanan dan keTuhanan. Kita tinggalkan buat sementara ini.


 Sembahyang yang batin: Mengikut kitab Siyar al-Salikin, sembahyang yang batin sertinya Amal yang di dalam hati, yang mengesahkan bagi amal yang zahir. Kitab ini membincangkan dengan panjang lebar, yang kesimpulannya ialah bahawa yang dimaksudkan ialah khusyuk.

Disebutkan pula bahawa barangsiapa sembahyang pada hal hatinya lupa akan Allah Taala maka iaitu tiada dinamakan mendirikan sembahyang, dan lagi, dan kerana itu sayugianya bahawa hadir hati pada tiap-tiap rukun daripada segala rukun sembahyang itu. Hadir hati yang dimaksudkan ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi saw iaitu bahawa engkau berbuat ibadah akan Tuhan-mu seolah-olah engkau lihat akan Dia, maka jika tiada engkau melihat akan Dia maka bahawasanya adalah Dia itu melihat akan dikau. Kenyataan ini disokong dengan ayat 205 al-Araf yang berbunyi yang maksudnya dan jangan engkau jadikan dirimu di dalam sembahyang dan lainnya itu daripada orang yang lalai akan Allah Taala, yang bermaksud janganlah lalai dari mengingati Allah Taala ketika mendirikan sembahyang. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa larangan ini membawa maksud hukum haram, iaitu haramnya kerana lalai akan Allah Taala; dan perbuatan lalai mengingati Allah Taala itu dianggap sebagai suatu kejahatan. Dikatakan kejahatan adalah kerana bertentangan dengan ayat 14 surah Taha itu.

Jadi untuk mengelakkan dari maksud lalai itu tadi kita harus sentiasa menyemak bacaan-bacaan kita, cara berdiri, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, duduk iftirasy dan tawaruk. Sedarilah bahawa Allah sedang memerhatikan kita.

Bacalah buku Rukun Islam Asas dan Tonggak Way of life bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Buku ini juga menjelaskan butiran-butiran tentang petanda-petanda lalai hati.


Apakah yang ada dalam sembahyang? Banyak lagi yang harus difahami tentang ibadah sembahyang.Sembahyang kita mengandungi rukun-rukun yang dikelompok kepada qalbi, qauli dan feeli. Apa yang hendak diutarakan oleh buku tersebut ialah falsafah bagi rukun feeli itu. Pengetahuan tentang rukun feeli ini membantu kita mendapatkan khusyuk. Dan, yang lebih penting lagi ialah bahawa falsafah yang dimaksudkan itulah yang wajib dijadikan way of life. Buku ini menurunkan contoh-contoh way of lifenya sekali.
Pendek kata, bagi mengelakkan sembahyang kita dipersoal oleh Allah swt kita harus mengetahi bahawa sembahyang kita harus dilihat dari empat sudut yang berikut:

1.    Rahsia dan tujuan mengikut al-Quran dan Hadis,

2.    Nilai dan kepentingan sembahyang dalam struktur Islam,

3.    Kedudukan sembahyang dalam syariat Islam, dan

4.    Nilai dan kepentingan sembahyang dalam kehidupan individu dan lingkungan masyarakatnya.

 Keempat-empat di atas ini akan menyelamatkan kita dari persoalan seperti yang disebut oleh hadis dalam kitab Mustika Hadis Jilid I, 42 di atas tadi.

Ringkasnya, bermaksud bahawa sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain itu belum cukup untuk menolong pengamalnya mendapatkan syafaat syurga, kecuali yang dapat menegakkan Islamnya (cara hidup) Dengan kata lain, ibadah sembahyang kita dan amal-amal yang lain itu haruslah diterjemahkan sebagai cara hidup atau way of life.

Apakah kita rasa perkara-perkara di atas ini tidak penting, dengan mengatakan bahawa yang penting ialah mendirikan sembahyang. Dalam buku tersebut membuktikan pandangan seperti ini adalah dikira sebagai pandangan orang-orang yang imannya belum cukup, imannya masih di tahap kedua. Jika dimasukkan pula iman para Nabi, golongan ini imannya jatuh yang ketiga. Wallahu aalam.

No comments:

Post a Comment