Wednesday, October 30, 2019

Sembahyang


Sembahyang yang mendapat rahmat Allah swt. 

Cukupkah jika sembahyang yang kita dirikan setakat menunaikan segala rukunnya sahaja, walaupun yang dilengkapi pula dengan perkara-perkara yang sunat, dan adab-adabnya sekali!
Mari kita renungkan kembali hadis berikut:
Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?
Allah swt:  Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah 261-262).

Fenomena menunjukkan ramai orang yang menunaikan sembahyang sekadar mengikut takrif, iaitu perbuatan-perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Mengikut hadis di atas, sembahyang ini akan dipersoal oleh Allah swt, seperti tersebut dalam hadis di atas.

Hal ini disokong pula dengan kenyataan Imam Ghazali, Apabila kamu sibuk dengan ibadah yang lazim dan berbangga dengannya maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah. Tetapi apabila kamu berbuat baik dan berkorban untuk orang lain maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah redha kerananya’ (dari Kitab Mukasyafatul Qulub).
Riwayat ini menggambarkan bahawa ibadah yang ditunaikan untuk memenuhi tuntutan keTuhanan semata-mata tidak dapat menggembirakan Allah swt kerana di sana menggambarkan ibadah-ibadah itu untuk kepentingan diri. Inilah yang membuat Allah swt belum redha. Allah swt redha dengan sembahyang yang dapat melahirkan sikap kepedulian terhadap manusia lain.

Sebuah hadis lain menyebut: ‘Segala amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya), antaranya sembahyang datang lalu berkata, ‘Ya Tuhanku akulah sembahyang’; Allah Taala berfirman (kepadanya) ‘Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau sahaja belum cukup)’; dan (selepas itu) datang pula sedekah, puasa, dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya): Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup’; kemudian datang pula Islam lalu berkata, ‘Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yang bernama As-salam, dan akulah Islam’; maka Allah Taala berfirman (kepadanya), ‘Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku menerima dan dengan engkaulah jua aku memberi balasan’ (Mustika Hadis Jilid I, 42).
Ringkasnya, bermaksud bahawa sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain itu belum cukup untuk menolong pengamalnya mendapatkan syafaat syurga, kecuali yang dapat menegakkan Islamnya (cara hidup) Dengan kata lain, ibadah sembahyang kita dan amal-amal yang lain itu haruslah diterjemahkan sebagai cara hidup atau way of life.
Jadi, ibadah sembahyang haruslah ditunaikan sehingga mencapai matlamanya. Sebagai Rukun Islam, sembahyang harus difahamai mengikut konteks, apakah erti Rukun, dan apakah erti Islam. Sembahyang sering diberi jolokan sebagai tiang agama. Fahamilah, apakah erti tiang,  dan apakah erti agama mengikut ayat al-Quran.
Dengan kata lain, ibadah sembahyang bukan sekadar ditunaikan mengikut takrif sahaja, iaitu perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul-ihram dan disudahi dengan salam. Selanjutnya ….. klik

Saturday, September 21, 2019

Sembahyang:
Sembahyang adalah salah satu Rukun Islam. Rukun bererti asas dan tonggal, Islam adalah cara hidup. Jadi ibadah ini bukan sekadar untuk ditunaikan tetapi harus dijadikan asas dan tonggak way of life. Inilah sebabnya sembahyang sering diberi jolokan sebagai tiang agama.
Orang membina tiang kerana nak membina rumah. Sembahyang yang kita tunaikan itu ertinya membina tiang, mana rumahnya? Rumahnya ialah nilai-nilai akhlak yang terbina daripada ibadah sembahyang itu.
Setelah terbina rumah, kita diami sebagai tempat tinggal, bukan dibiarkan begitu sahaja. Di situlah tempat kita melakukan berbagai-bagai aktiviti.

Wednesday, September 4, 2019

Ibadah haruslah melahirkan AKHLAK


Ada sebuah hadis menyebut, Segala amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang mengerja-kannya), antaranya sembahyang datang lalu berkata, ‘Ya Tuhanku akulah sembahyang’; Allah Taala berfirman (kepadanya) ‘Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau sahaja belum cukup)’; dan (selepas itu) datang pula sedekah, puasa, dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya): Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup’; kemudian datang pula Islam lalu berkata, ‘Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yang bernama As-salam, dan akulah Islam’; maka Allah Taala berfirman (kepadanya), ‘Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku menerima dan dengan engkaulah jua aku memberi balasan (Mustika Hadis Jilid I, 42).

Ringkasnya bermaksud bahawa sembahyang, sedekah, puasa dan amal-amal yang lain itu belum cukup untuk menolong peng-amalnya mendapatkan syafaat syurga, kecuali Islamnya. Dengan kata lain Allah tidak menerima ibadah-ibadah yang untuk beribadah semata-mata, tidak lebih dari itu.

Belum cukup itu bermaksud sembahyangnya, sedekahnya, puasanya dan amal-amal yang lain itu belum diterjemah menjadi akhlak, dan seterusnya dijadikan syariat atau cara hidup. Dengan kata lain amal-amalnya itu tadi adalah untuk dirinya sendiri, tidak berkait dengan orang lain.
 Jika dilihat dari sudut struktur Islam, aqidah harus dibuktikan dengan ibadah, dan ibadah mesti yang melahirkan akhlak, dan akhlak mesti dijadikan syariat (cara hidup).
Maknanya, setelah kita menjadi orang Islam, kita sudah beraqidah. Aqidah kita harus dibuktikan dengan ibadah. Ibadah yang empat ialah sembahyang, zakat, puasa dan haji. Kalau kita berhenti setakat ini, maka Allah kata belum cukup.
Untuk mencukupkannya, ibadah ini hendaklah dijadikan akhlak. Akhlak ialah nilai murni yang memandu kita cara mana hendak menjalani kehidupan (cara hidup). Bila disebut cara hidup ertinya berkait dengan kehidupan orang lain. 
Kalau sembahyang sahaja misalnya, belum dijadikan akhlak, sembahyang kita itu untuk diri kita sahaja. Allah mahu sembahyang kita juga membawa faedah kepada orang lain. Cara hidup itulah. Jika tidak, lihat dialog antara Nabi Musa dengan Allah swt:
  Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?

Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?

Allah swt:  Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah 261-262).


Ini disokong pula dengan kenyataan Imam Ghazali, Apabila kamu sibuk dengan ibadah yang lazim dan berbangga dengannya maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah. Tetapi apabila kamu berbuat baik dan berkorban untuk orang lain maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah redha kerananya’ (dari Kitab Mukasyafatul Qulub).
Renung-renungkanlah.