Ada sebuah hadis menyebut, Segala amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi
syafaat kepada yang mengerja-kannya), antaranya sembahyang datang lalu berkata,
‘Ya Tuhanku akulah sembahyang’; Allah Taala berfirman (kepadanya) ‘Tujuan
engkau itu baik, (tetapi engkau sahaja belum cukup)’; dan (selepas itu) datang
pula sedekah, puasa, dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman
(kepada tiap-tiap satunya): Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum
cukup’; kemudian datang pula Islam lalu berkata, ‘Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan
yang bernama As-salam, dan akulah Islam’; maka Allah Taala berfirman
(kepadanya), ‘Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku
menerima dan dengan engkaulah jua aku memberi balasan (Mustika Hadis Jilid
I, 42).
Ringkasnya bermaksud bahawa sembahyang, sedekah, puasa dan
amal-amal yang lain itu belum cukup
untuk menolong peng-amalnya mendapatkan syafaat syurga, kecuali Islamnya. Dengan kata lain Allah tidak menerima ibadah-ibadah
yang untuk beribadah semata-mata, tidak lebih dari itu.
Belum
cukup
itu bermaksud sembahyangnya, sedekahnya,
puasanya dan amal-amal yang lain itu belum diterjemah menjadi akhlak, dan seterusnya dijadikan syariat atau cara hidup. Dengan kata
lain amal-amalnya itu tadi adalah untuk dirinya sendiri, tidak berkait dengan
orang lain.
Jika dilihat dari sudut struktur Islam, aqidah harus dibuktikan dengan ibadah, dan ibadah mesti yang melahirkan akhlak, dan akhlak mesti dijadikan syariat (cara hidup).
Maknanya, setelah kita menjadi orang Islam, kita sudah beraqidah. Aqidah kita harus dibuktikan dengan ibadah. Ibadah yang empat ialah sembahyang, zakat, puasa dan haji. Kalau kita berhenti setakat ini, maka Allah kata belum cukup.
Untuk mencukupkannya, ibadah ini hendaklah dijadikan akhlak. Akhlak ialah nilai murni yang memandu kita cara mana hendak menjalani kehidupan (cara hidup). Bila disebut cara hidup ertinya berkait dengan kehidupan orang lain.
Kalau sembahyang sahaja misalnya, belum dijadikan akhlak, sembahyang kita itu untuk diri kita sahaja. Allah mahu sembahyang kita juga membawa faedah kepada orang lain. Cara hidup itulah. Jika tidak, lihat dialog antara Nabi Musa dengan Allah swt:
Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah,
lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana
dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu
sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi
hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan
Engkau redha ya Allah?
Allah
swt: Sedekah,
infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana
ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya.
Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah
261-262).
Ini disokong
pula dengan kenyataan Imam Ghazali, Apabila
kamu sibuk dengan ibadah yang lazim dan berbangga dengannya maka itu tandanya
kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah. Tetapi apabila kamu
berbuat baik dan berkorban untuk orang lain maka itu tandanya kau mencintai
Allah dan tentu Allah redha kerananya’ (dari Kitab Mukasyafatul Qulub).
Renung-renungkanlah.
No comments:
Post a Comment