Cara
hidup seseorang Muslim telah digariskan oleh Islam. Bagai-manapun ajarannya
harus difahami dari dua sudut iaitu tanggung-jawab beragama dan satu lagi
tanggungjawab berkaitan sikap dalam kehidupan sosial. Kedua-duanya ini ada
dalam diri dan kehidupan Nabi saw, dalam keadaannya di mana Nabi saw tidak
melebihkan yang satu daripada yang satu lagi.
Cara
hidup Islam yang ideal adalah seperti yang ditunjukkan oleh baginda Nabi saw,
iaitu mendokong tanggungjawab beragama dan sekali gus mendokong tanggungjawab
dalam kehidupan sosial. Malangnya, akibat daripada kejahilan dan kekurangan
pengetahuan tentang Sunnah baginda
ini ramai umat Islam mengambil tanggung-jawab beragama dan kerohanian melebihi
tanggungjawabnya kepada yang satu lagi itu.
Berselawat ke atas Nabi
Muhammad saw bukanlah sekadar untuk mengingati sosok baginda semata-mata tetapi
bertujuan menjadikan-nya sebagai ikon untuk membuka lembaran-lembaran akhlak
dan keperibadian baginda sebagai ikutan. Inilah antara sebabnya mengapa berselawat dijadikan sebagai salah satu
rukun sembahyang.
Cara
hidup yang ideal adalah seperti yang ditunjukkan oleh Nabi saw, kerana jelas
disebut bahawa akhlak Nabi saw adalah al-Quran. Mungkin mustahil untuk
seseorang awam seperti kita untuk mengikuti cara hidup baginda seratus peratus,
namun apa yang telah dibentangkan oleh baginda itu adalah yang ideal, tiada
mana-mana model yang standing dengannya, justeru setiap langkah kehidupan yang
kita lalui harus dipastikan agar berada atas landasan yang dibentangkan oleh
baginda.
Sikap dan personaliti Nabi saw.
Ramai antara kita, baik yang Muslim atau tidak, bergelut mencari takrif siapakah kita, dan apakah bentuk keperibadian kita. Sebenarnya Islam
telah menyediakan kita risalah petunjuknya iaitu al-Quran. Daripada jumlah
bilangan ayatnya sebanyak 6236 ayat itu, 5936
daripadanya adalah berkaitan dengan nilai dan moral, hanya 300 sahaja
yang berkaitan dengan bidang kuasa tindakan. Kerana inilah mungkin sebabnya
Nabi saw bersabda yang maksudnya Aku
diutus untuk menyempurnakan akhlak. Dan, apabila disebut Akhlak Nabi saw adalah al-Quran memang
tepat jika dilihat bahawa sejumlah besar kandungan al-Quran itu adalah berkaitan
dengan nilai dan moral.
Nilai
dan moral memandu kerohanian. Destinasinya ialah sama ada akan membawa ke dalam
keadaan ketenangan atau kecelaruan.
Manusia
akan berada dalam keadaan ketidaktentuan ini jika berpandukan kepada nilai dan
moral yang kita contohi dan teladani dari rakan sebaya. Hanya dengan mencontohi
akhlak dan keperi-badian baginda Nabi saw sahaja akan meletakkan kita di suatu
situasi ketenangan, lantaran baginda mengambil al-Quran sebagai sumber akhlak
dan keperibadiannya. Inilah satu-satunya jalan hidup yang jelas dan meyakinkan.
Keperibadian baginda itu adalah jawapan kepada persoalan siapa-kah kita dan apakah bentuk keperibadian yang harus kita punyai,
lantaran al-Quran itu adalah sumber jalan kehidupan. Dalam sejarah kehidupan
zaman baginda sudah terbukti bahawa ayat-ayat al-Quran itu berjaya memukau umat
kerana mesej yang dibawanya adalah suatu yang relevan dan penuh kewajaran
dengan kehidupan mereka, setiap mesej yang disampaikan memang jelas logik dan
bertepatan dengan naluri manusia. Sehingga puak Yahudi pun dapat merasainya,
bahawa mesej al-Quran yang sifatnya universal dan komprehensif itu tidak dapat
dinafikan.
Integrasi budaya dan tolerensi. Pandangan
bahawa Islam menolak budaya adalah tidak betul sama sekali. Buktinya ketika
Nabi saw membawa risalah Ilahi kepada umatnya ketika itu baginda tidak sedikit
pun menyentuh adat dan budaya mereka apalagi membasmi-nya. Baginda lebih
menekankan kepada mengajak berbuat kebaikan dan menjauhi kerosakan dan
kebodohan. Bagi baginda bahawa mesej ini lebih penting daripada perkara-perkara
yang berkait dengan budaya sesuatu
kaum, lalu baginda mengambil budaya sebagai aset untuk kehidupan. Bagaimanapun
kita harus benar-benar faham bahawa prinsip yang dikenali sebagai Amar makruf nahi munkar ini harus
diutamakan berbanding hal-hal yang berkaitan budaya sesuatu bangsa.
Alam sekitar dan ekologi.
Frasa kata harus membawa kesedaran terhadap sikap
kepedulian terhadap alam sekitar dan ekologi. Alasannya ialah setelah Allah
mencipta alam ini, yang dalam keadaan semulajadinya saling membentuk rantaian
atau siratan makanan yang seimbang, manusia harus mengambil tanggungjawab
menjaga dan mengekalkan kejadiannya.
Walaupun
Allah menyediakannya sebagai sumber makanan, tempat tinggal, pakaian dan
sebagainya namun manusia sangat dikehendaki agar menjaga kaedah penggunaan
sumber-sumber ini. Antaranya diingatkan agar menjauhi pembaziran dan ketidak-pedulian.
Justeru manusia harus mengambil tanggungjawabnya, seseorang Muslim harus ingat
bahawa Allah akan mempersoalkan bagaimana caranya kita menggunakan segala
sumber yang disediakan itu.
Banyak
ayat dan hadis yang mengingatkan tentang tanggung-jawab memelihara alam sekitar
dengan menanam tumbuhan dan mengoptimumkan penggunaannya, mengelakkan
pencemaran dan membawa rahmat kepada sekalian makhluk. Orang-orang Islam telah
diajar supaya yakin bahawa setiap makhluk bumi termasuk tumbuhan akan
mempersembahkan kepada Allah di akhirat nanti bagaimana caranya manusia
melakukannya.
Haiwan
hanya dibenarkan untuk dijadikan makanan dan pakaian, pun begitu mesti
tertakluk juga kepada konsep optimum itu tadi. Manusia akan ditanya tentang
sikapnya terhadap haiwan, malah akan ditanya juga cara penyembelihannya sama
ada dengan kaedah yang penuh adab atau kekerasan dan tidak belas kasihan.
Kesemuanya ini adalah tertakluk di bawah satu ayat dalam al-Quran menyebut, Tidak Ku utuskan engkau (Muhammad) kecuali
untuk kesejahteraan sekalian alam (al-Anbiya’, 107). Jadi, adalah suatu
kewajipan bagi setiap orang memelihara bumi dan alam sekitar ciptaan Allah ini.
Kesaksamaan manusia. Nabi saw
memperjuangkan konsep kesak-samaan atau kesamarataan antara sesama manusia.
Seruan baginda ini digambarkan ketika baginda menunaikan ibadah haji yang
terakhir. Baginda menyeru, Wahai sekalian
manusia, Tuhan anda hanya satu, bapamu (Adam) juga satu; tiada ketinggian
darjat bagi bangsa Arab ke atas Arab yang lain, atau non-Arab lebih darjatnya
daripada Arab; yang putih lebih tinggi darjatnya dari yang hitam, atau yang
hitam lebih tinggi darjatnya daripada yang putih, kecuali ketakwaannya.
Dalam
sembahyang, konsep ini tersirat dalam . Atas sifat ar-RahmanNya Allah menyediakan segala sumber untuk kehidupan
manusia samarata, tidak mengasing-asingkan yang mana untuk orang-orang Islam
dan yang mana untuk orang kafir. Justeru sesiapa sahaja yang mengamalkan
sembahyang harus sedar konsep kesamarataan ini. Sebagai khalifah bumi, sifat ar-Rahman Allah ini harus menjadi tiruan
buat manusia.
Dalam
al-Quran pun tidak pernah menyebut bahawa
Allah hanya untuk sesuatu kaum tertentu sahaja. Dia adalah Rabbul alamin atau Tuhan sekalian alam,
Tuhan manusia dan makhluk keseluruhannya seperti yang disebut oleh ayat 3 surah
al-Fatihah itu tadi, dan surah an-Nas. Dapatlah dilihat di sini bahawa Allah mengistiharkan semangat persaudaraan
antara sesama manusia walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, warna kulit
dan latarbelakang. Inilah yang diperjuangkan oleh Nabi saw.
Nilai-nilai
akhlak dan keperibadian Nabi saw di atas ini hanyalah sebahagian kecil sahaja
untuk dijadikan contoh. Perjuangan baginda yang berkait dengan kesejahteraan sekalian alam itu adalah
serasi dengan konsep ayat 107 surah al-Anbiya’, sehingga baginda dilihat sebagai
sosok manusia yang mendokong revolusi.
Tokoh usahawan. Nabi
saw adalah seorang yang kreatif dalam semua bidang. Dari seorang agamawan
baginda mampu menjelmkan dirinya sebagai seorang tokoh politik, seorang
pemimpin umat, dan pada masa yang sama adalah seorang pendidik. Khadijah,
seorang usahawan adalah antara para pengikut yang
memeluk Islam kerananya.
Mesej
yang didokong baginda ialah konsep bekerja kerana
Allah, namun baginda menjelaskan lagi bahawa bekerja hendaklah dalam
lapangan yang sejajar dengan kemahiran. Kedua-duanya ini adalah merupakan aset
yang membawa kepada pembangunan sesebuah komuniti. Baginda dilihat amat
bersungguh-sungguh mempraktikkan konsep ini sebagai suatu perjuangan jihad
(menggunakan intelek bagi mendepani kemunculan masalah-masaalah baru yang
timbul).
Usaha-usaha
yang kreatif dan dinamik ini secara semulajadinya adalah suatu yang sangat
diperlukan oleh sesebuah komuniti, organi-sasi, pentadbiran, justeru adalah
menjadi satu tanggungjawab bagi setiap Muslim. Inilah sebabnya, sedar atau
tidak, hal ini telah menjadi gaya pengurusan, di mana sumber manusia sesebuah
oraganisasi atau pentadbiran harus diberi kemahiran dan pengetahuan yang up-to-date.
Dalam
prosesnya setiap sumber manusia harus berterusan diupdate dengan daya pemikiran dan tenaga moral bagi mencapai
matlamat yang disasarkan. Bersamanya, disepadukan dengan strategi dan perancangan
penggunaan setiap sumber pengeluaran dan kaedah-nya, dan memberikan
pertimbangan atas sebarang kemungkinan dan implikasinya. Zaman kegemilangan
Islam telah membuktikan bahawa para ulama’ adalah perintis bidang sains dan
matematik, yang menjadi asas kepada kemajuan teknologi hari ini.
No comments:
Post a Comment