Ciri utama Gagasan Hidup Islam
adalah bahawa Islam tidak memisahkan kehidupan kerohanian dengan kehidupan
duniawi secara yang sangat ketara, tidak juga
membenarkan konflik, dan tidak juga membuat batasan pemisah antara menulenkan
rohani dan kehidupan moral manusia. Daerah kekuasaan Islam meliputi
kepelbagaian macam, rupa dan emosi kehidupan. Syumul.
Islam mahu membentuk kehidupan individu dan
kelompoknya yang susunan sosialnya dalam corak yang sihat sejahtera. Jadi cita-cita
Islam ialah membina iklim kehidupan yang polanya adalah keamanan, kepuasan dan
kesejahteraan. Sasarannya bukan sahaja manusia tetapi mencakupi juga
persekitaran kehidupan manusia itu sendiri.
Alasannya ialah bahawa kesejahteraan manusia
bergantung kepada persekitarannya. Allah yang mengaturkan demikian. Allah
mengaturkan supaya kehidupan di dunia ini berada dalam situasi saling
bergantung antara satu sama lain. Justeru keamaman, kepuasan, dan kesejahteraan
itu tadi harus dibina untuk kedua-dua-nya
iaitu manusia dan sekalian makhluk selain manusia. Sejak kelahiran Adam lagi
Allah telah mengaturkannya sedemikian.
Jadi, jika Islam hendak menciptakan iklim kehidupan
yang sejahtera buat manusia, kesejahteraan buat sekalian makhluk itu tadi harus
diujudkan sekali gus. Jika tidak sistem yang Allah telah tetapkan itu tadi akan
cacat, rosak dan sistem itu dengan sendirinya akan tempang, akibatnya, dengan
sendirinya iklim kesejahteraan untuk manusia juga tidak sempurna. Apalah
ertinya kehidupan jika tidak ada air atau ada air yang tercemar, udara yang
kurang sihat, sumber-sumber kehidupan dan kekayaan yang tidak mencukupi.
Dapatkah iklim kehidupan yang sejahtera dibina atas sumber-sumber yang ada ini
tetapi dalam keadaan tidak seimbang dan stabil.
Jadi, dalam
sistem kehidupan manusia amat
memerlukan sistem moral, sistem sosial, dan pelbagai lagi yang
keadaannya sihat sejahtera, aman dan penuh kepuasan. Inilah teras kepada
pembentukan satu sistem kehidupan mengikut Islam. Justeru setiap kali hendak
bercakap tentang sistem moral, sosial, politik, budaya dan ekonomi Islam,
adalah sangat perlu mempunyai idea yang jelas tentang konsep kehidupan Islam ini. Untuk ini, mengikut Islam terdapat
kefahaman asas tertentu yang perlu
difahami dan dihargai dari peringkat awal lagi.
Kefahaman asas
Allah yang
Maha Pencipta, Raja dan Tuhan seluruh alam semesta telah mencipta manusia dan
menyediakan stesen sementara yang dikenali sebagai bumi. Dia telah mengurniakan
manusia dengan pemikiran dan pemahaman,
dan telah memberi-kan naluri yang dapat membezakan antara yang betul dengan
yang salah. Manusia juga telah diberikan kebebasan
kehendak dan memilih, dan kuasa untuk menggunakan sumber-sumber dunia dalam
apa-apa cara sekalipun yang dia suka. Pendek kata, manusia telah diberikan satu
bentuk autonomi, di samping dilantik oleh Allah di bumi sebagai pengganti
kepada makhluk-makhluk yang menjadi penduduk bumi sebelum ini.
Sebelum
mewariskan bumi kepada manusia, Allah menjelas-kan bahawa Dia sahaja Tuhan,
Raja dan Dewa. Oleh itu, seluruh alam semesta dan semua makhluk di dalamnya, termasuk manusia, perlu tunduk patuh
hanya kepada-Nya. Manusia tidak boleh meng-anggap dirinya benar-benar bebas
secara mutlak, tetapi perlu tahu bahawa bumi ini bukan tempat tinggal yang
tetap. Manusia hanya hidup di atasnya bagi satu tempoh percubaan, dan apabila
sampai masanya dia akan kembali kepada Tuhannya, untuk dihakimi sepadan dengan
cara mereka menggunakan tempoh masa percubaan itu. Dalam tempoh masa itu,
satu-satunya kerja kursus untuk manusia ialah mengakui Allah sebagai
satu-satunya Tuhan, Pemelihara dan Dewa, dan mengikuti petunjuk dan
Perintah-Nya sepanjang perjalanan hidupnya.
Manusia
harus menjalani kehidupan dengan kesedaran
bahawa ia akan dihakimi, justeru satu-satunya objektif hidup manusia ialah
meraih keredaan Allah supaya berjaya dengan cemerlang dalam ujian akhirnya.
Kelakuan yang bertentangan dengan ini akan membawa manusia sesat melampaui
batas.
Apabila
seseorang mengambil jalan kesolehan dan tunduk patuh (sedangkan dia mempunyai
kebebasan memilih) dia akan berjaya di dunia dan di akhirat: di dunia ini dia
akan menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera, manakala di akhirat dia akan
layak untuk menjadi penghuni syurga al-Jannah, satu tempat yang lebih kekal
lama dan kebahagiaan yang lebih baik lagi. Jika memilih untuk mengikuti jalan
yang lain, iaitu kefasikan dan kejahatan, ia akan mengalami kerosakan akhlak,
gangguan dan kekecewaan di dunia, dan ia akan menerima musibah dalam kehidupan
di dunia, dan yang akan datang iaitu di akhirat yang tinggal adalah kesakitan
dan kesengsaraan yang dipanggil Jahannam (neraka).
Selepas
memberi amaran, Allah meletakkan manusia di bumi dengan menurunkan manusia yang
pertama (Adam dan Hawa) dengan membawa hidayah petunjuk-Nya sesuai dengan
kehidupan di bumi. Oleh itu, kehidupan manusia di muka bumi ini tidak bermula
dalam gelap-gelita teraba-raba. Adam dan Hawa telah disediakan dengan obor dan
petunjuk supaya nilai keinsanannya di bumi mampu mencapai kegemilangannya.
Orang yang
pertama ini menerima wahyu secara langsung dari Tuhan-nya. Dia mempunyai pengetahuan tentang realiti kehidupan, dan
diberi kod kehidupan dengan mengikuti jalan kehidupan yang penuh nikmat dan
kejayaan, kod hidup itu ialah Islam,
yang sifat uniknya ialah penyerahan dan tunduk patuh yang total kepada Allah,
Pencipta manusia dan seluruh alam semesta. Inilah agama yang Adam turunkan
kepada generasinya yang mendatang.
Tetapi
kemudian generasinya beransur-ansur menjauhkan diri dari jalan yang benar dan
mencari jalan hidup yang lain. Disebab-kan kecuaian, mereka kehilangan ajaran
yang asli. Mereka menye-ngutukan Allah dengan manusia kebanyakan, dengan objek
bukan manusia dan dengan unsur-unsur khayalan sebagai dewa-dewa, serta terlibat
dalam syirik (polytheism) jenis yang paling teruk. Mereka campur ajaran tulen
Tuhan dengan mitos aneh, idea-idea dan falsafah, dan dengan itu lahirlah
lambakan pelbagai agama dan pemujaan. Mereka buang prinsip-prinsip syariat,
etika sosial dan moral yang Tuhan beri. Akibatnya terlucutlah keamanan dan
ketenangan hidup.
Walaupun
mereka sudah melencong dari jalan kebenaran, mengubah dan memutarbelitkan
syariat, dan sesetengahnya memprotes kod Bimbingan Ilahi, tetapi Allah tidak
memusnahkan mereka atau memaksa mereka kembali ke pangkal jalan. Dengan kuasa
yang ada, Allah tidak pula memaksa mereka kembali ke jalan yang benar.
Sebaliknya, Allah melantik orang-orang mulia tertentu dari kalangan manusia bagi menunaikan tanggungjawab memanggil dan
membimbing semula manusia-manusia itu ke
jalan yang benar.
Orang-orang
mulia ini adalah mereka yang percaya kepada Allah, dan menjalani kehidupan yang
taat setia dan tunduk patuh kepada-Nya. Mereka ini diberi penghormatan dengan
memberikan mereka ayat-ayat-Nya dan pengetahuan kebenaran. Mereka yang dikenali
sebagai nabi saw, telah ditugaskan untuk menyampaikan mesej kebenaran kepada
manusia dan meminta mereka kembali ke jalan Allah.
Nabi-nabi
telah diutus pada setiap zaman, setiap negeri dan bangsa. Daripada banyak nabi-nabi yang diutus oleh Allah, al-Quran
menyebut yang dua puluh lima sahaja.
Kesemua mereka membawa mesej yang sama, kesemua mereka ini menyokong cara hidup
yang sama (Deen) iaitu, cara yang diturunkan kepada Adam pada hari pertama
kewujudannya. Kesemua mereka membawa hidayah yang sama iaitu panduan yang telah
ditetapkan oleh Tuhan.
Kesemua
mereka berdiri teguh membawa misi yang sama: mereka menyeru kepada agama Islam, meminta mereka menerima
petunjuk Ilahi dan hidup mengikuti misinya, dan menganjurkan mereka supaya
bersama dalam gerakan menubuhkan Undang-undang Ilahi, dan menghentikan semua
penyelewengan. Setiap nabi cuba untuk memenuhi misi ini dengan cara yang sebaik
mungkin. Namun tidak kurang jumlahnya antara golongan manusia yang enggan
menerima penunjuk ini, namun ramai juga yang menerimanya tetapi beransur-ansur
hanyut sesat, dan selepas satu tempoh masa mereka ini kehilangan bimbingan dan
mengikuti jalan hidup yang telah diputarbalikan melalui inovasi dan manipulasi.
Akhirnya,
Allah telah membangkitkan Nabi Muhammad saw di tanah Arab, dan diberikan kepada
baginda misi yang lengkap merangkumi misi para nabi yang terdahulu. Mesej
Muhammad saw adalah untuk seluruh umat manusia. Bermulalah satu era baru di
mana tidak ada lagi nabi khusus bagi bangsa-bangsa tertentu.
Baginda
membentangkan semula ajaran Islam yang murni. Baginda menyediakan semula
Panduan Ilahi yang telah hilang ke dalam bentuk asalnya. Baginda menganjurkan
supaya semua orang menerima mesejnya supaya bersama di bawah satu panji-panji ummah (bangsa), dan membina semula kehidupan mengikut ajaran Islam dengan menyeru
mereka ke jalan kebenaran, dengan mewujudkan fahaman bahawa ketuanan hanya
untuk Allah di bumi. Panduan ini termaktub dalam al-Quran sebagai kod tataetika
untuk semua manusia.
No comments:
Post a Comment